Setiap saat dalam hidup adalah ibarat gambar yang belum pernah terlihat, dan gambar yang tidak akan terlihat lagi. . . . . So! Enj0y ur life & make it a Sweet Moment to remember. . . .



Wednesday, 19 September 2012

Khasiat Bayam


Lagi sayur febret Aleesya skg... :)

Wat sayur air je bagi daun tu lembut.. Suka sngat dia makan sayur skg... :D
Dah start cari  En. Wiki wiki... hehehehe



Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam turut kaya dengan sumber vitamin C dan beta karotena.

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati. 

Pandai Aleesya pilih sayur... Alhamdulillah.. nak pulak dia makan sayur2 bagai... dulu time preggy aku suka makan sayur ke ehh???


Khasiat Sayur Sawi


Febret sayur Aleesya skg :-  Sayur berdaun hijau :




Bagus sangat la kalaw dia suka makan sayur kannnn....J0m tgk apa kelebihan makan sayur sawi!!

Sawi boleh dimakan bagi merawat penyakit sembelit, buasir, pencernaan bermasalah, kegemukan, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh dimakan bagi meningkatkan selera makan, mendapat kesan awet muda dan sebagai antioksidan.

Haaa.... kan bagus tu...


Friday, 14 September 2012

Bintik-bintik Merah d0t d0t d0t...


Siannya dekat aleesya badan dia merah2.... 
Mak mertua ckp dia kena demam sekam... 
demam yg seangkatan dgn chiken p0x!
tp ni jenis yang paling kecik skali.... 
kena tunggu biji2 merah mcm ruam tu turun sampai kaki
lepas tu baru la demam dia nak kebah..... 
Wahhh... skg dah 3 hari...
Baru merah dekat tengah belakang... sian dia..d0k garu2...
Sabar ye sayang ibu....


Wednesday, 12 September 2012

Muka Aleesya.....


Huhuhu..... Bagun pagi dengan cerianya... senyum... ketawa....
Good morning kesayangan ibu..... Tersentap jantung ibu bila buka lampu!
Muka adek BENGKAK! MERAH! dah macam udang kena bakar!
Pegi pegang, panas muka adek! Panas badan adek! Anak ibuuuuuu......

Tengahari call at0k adek.... at0k cakap badan adek makin panas
Xnak minum susu.... makan buah pear je sebelah, nasi skit je
Risaunya..... Cepatla pukul 4.30 ptg..... Nak sngt ibu cuti tp nak buat cmne..
Dah cukup2 je cuti ibu utk plan kita hjung tahun nt....
Sedihnya....

Pagi tadi adek peluk ibu erat2... xnak lepas ibu....
Ibu kena pergi kerja la sayang.... :'(
Adek baek2 dduk dngn at0k taw sayang....
Sedihnya nak tinggal anak ibu, tambah2 bila demam.

Sunday, 9 September 2012

Fakta Pemakanan Ilmuan Islam....


Semua benda ni senang nak dapat dekat mana-mana kedai... So, xde alasan lagi...!! Jom!!



1) Madu 
- Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.




2) Kismis 
- Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.


sumber : sini


3) Susu segar 
- Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.



4) Telur 
- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.




5) Halia 
- Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Credit goes to : CikLinn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...