Setiap saat dalam hidup adalah ibarat gambar yang belum pernah terlihat, dan gambar yang tidak akan terlihat lagi. . . . . So! Enj0y ur life & make it a Sweet Moment to remember. . . .



Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia





1. Selepas solat Isya', ambil air segelas,baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali,dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.


Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri
mereka dengan ciptaan istimewa, 
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara 
(yang tidak pernah disentuh),
Yang tetap mencintai jodohnya, 
serta yang sebaya umurnya,
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Sebarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.


Monday, 25 February 2013

TANTRUM KANAK-KANAK



Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- Peluk anak anda ketat-ketat.. :D


2- Bisikan anda sayang dia dan faham perasaan dia.

3- Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.


4-Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang


5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau suka memberontak.


Tuesday, 8 January 2013

Doa Barang Hilang - Yassin 7 Mubin



“Bacaan al-Quran adalah suatu ibadah. Setiap huruf akan diganjarkan dengan 10 kebajikan. Bukannya Alif Lam Mim (الم) itu satu huruf kata Nabi SAW, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf. Surah Yaasin pula diganjarkan sebagaimana yang diniatkan oleh pembacanya.” (al-Hadith).



Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan dan musibah yang perlu di atasi segera.



Yasin 7 Mubin



Kali ini kita fokuskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “mubin” iatu pada ayat;



1) Ayat 12 = Mubin Pertama




Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.



2) Ayat 17 = Mubin Kedua



“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.



3) Ayat 24 = Mubin Ketiga



“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.



4) Ayat 47 = Mubin Keempat



Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.



5) Ayat 60 = Mubin Kelima



“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!



6) Ayat 69 = Mubin Keenam



(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;



7) Ayat 77 = Mubin Ketujuh




Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),



Cara membaca Surah Yassin



Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.



Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telahdicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.



Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin



Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.



A. Langkahnya adalah seperti berikut:-

Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.


“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”

Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.


B. Cara-cara untuk membacanya ialah :


Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).


Tuesday, 23 October 2012

Waktu Mustajab Untuk Nasihat Anak..


Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :

1 Sebelum anak tidur.
2 Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3 Selepas anak bangun tidur.
4 Selepas anak mandi.
5 Selepas anak solat.
6 Selepas anak membaca al-Quran.
7 Selepas anak berdoa.
8 Selepas anak beriadah.
9 Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :

Surah al-Baqarah 
(apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).

Surah al-Nahl, ayat 97 
(amalan untuk mencapai kebahagiaan). 
Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

Ayat akhir surah at-Taubah 
(baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). 
Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

Wallahualam.

♥ Share untuk manfaat bersama ♥


Tuesday, 4 September 2012

Anak Ibu... Ibu Perlukan Kamu..




Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..

Anak : Mak! Janganlah ckp macam tu...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...